Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) dengan kerjasama SJK (T) RRI Sungai Buloh menganjurkan Program Pencegahan Jenayah dan Penyalahgunaan Dadah bertempat di perkarangan sekolah tersebut pada 22 April 2026.
Program yang dihadiri 440 murid Tahap 1 dan 2 SJK (T) RRI Sungai Buloh itu bertujuan untuk meningkatkan kesedaran pelajar tentang keselamatan diri selain memberi pendedahan berkaitan jenayah buli, gangsterism, gangguan seksual dan penyalahgunaan dadah.
Hadir sama, YBrs. Puan Ammutha a/p Sokayah, Guru Penolong Kanan Pentadbiran; YBrs. Tuan Suresh Kumar, Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah (LPS); YBrs. Puan Vasuki a/p M Karuppannan, Kaunselor dan guru-guru SJK (T) RRI Sungai Buloh.
Pengisian program antara lain ceramah “Penyalahgunaan Dadah di Kalangan Pelajar” yang disampaikan YBrs. Tuan Yougeswaran a/l Ramadas, Pegawai AADK Negeri Selangor serta “Jenayah Buli, Gangsterism dan Ganguan Seksual di Kalangan Pelajar” disampaikan oleh YDH Insp. Rajkumar a/l Kanthasamy, Ketua Cawangan Operasi Bahagian Pencegahan Jenayah IPD Sg Buloh.
Program turut diselitkan dengan pameran pencegahan jenayah daripada polis IPD Sungai Buloh dan AADK.









