Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) dengan kerjasama PDRM dan FELDA terus mempergiatkan usaha mendekati komuniti peneroka itu menerusi penganjuran Program Generasi Sihat, Komuniti Hebat – Desaku Mendunia, Kita Jaga Kita bertempat di pekarangan Masjid Al-Makmur, Kampung Gedangsa pada 28 Februari 2026.
Program yang dihadiri kira-kira 300 orang peneroka, guru-guru dan pelajar sekolah itu bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat FELDA terhadap bahaya penyalahgunaan dadah serta implikasinya terhadap keselamatan, kesihatan dan keharmonian komuniti. Perasmian program telah disempurnakan oleh YDH DCP Mohd Zani Che Din, Timbalan Pengarah, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman.
Hadir sama, YBhg. Datuk Kamarudin Md Ali, Exco MCPF merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pencegahan Jemayah dan Pemulihan Berkaitan Dadah MCPF; YBhg. Datuk Muhammad Fuad Talib, Exco MCPF merangkap Setiausaha MCPF Selangor; YBrs. Tuan Shahariman Dolah Hassim, Pengarah Wilayah, Felda Wilayah Trolak; YDH DSP Noorhamasiren Boonthnam Ekkasook, Setiausaha Eksekutif MCPF, pegawai kanan PDRM IPK Selangor dan IPD Hulu Selangor, AJK MCPF Selangor dan sekretariat MCPF.
Pengisian program forum kesedaran pencegahan jenayah yang membariskan 3 ahli panel iaitu YDH DSP Nor Azliy Abdul Razab, Ketua Unit Perundangan/Siasatan, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman; YBrs. Prof Madya Dr. Nadzriah Ahmad, Pensyarah Fakulti Undang-Undang, UiTM Shah Alam merangkap AJK MCPF Selangor; YBrs Encik Hairee Hairudin Musa (Ketua AADK Daerah Kuala Langat dan dikendalikan oleh YBrs. Tuan Tassim Zainal, Pengarah Pendidikan Yayasan Selangor.
Program turut diselitkan depan pameran pencegahan jenayah daripada PDRM, Jabatan Penjara Malaysia, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Jualan Rahmah.









