Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Polis Negara (KPN), YDH IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail merangkap Timbalan Pengerusi MCPF di Bilik Tetamu KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman pada 6 Januari 2026.
Kunjungan hormat yang diketuai oleh Naib Pengerusi MCPF, YBhg. Dato’ Sri Dr. King Lim Chin Fui itu bertujuan memberi taklimat ringkas kepada Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid berkaitan MCPF serta Mesyuarat Exco yang dijadualkan berlangsung tidak lama lagi.
Hadir sama, YBhg. Datuk Santhra Segaran A/L Kanapathy, EXCO merangkap Penasihat Undang-Undang MCPF; YBhg. Datuk Seri Garry K.S Chua, EXCO MCPF; YDH SAC Rahimi Ra’ais, Setiausaha Kerhormat MCPF; YDH DSP Noorhamasiren Boonthnam Ekkasook, Setiausaha Eksekutif MCPF dan Norazlan Haji Idris, Pengurus Besar Korporat MCPF.
Turut hadir, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, YDH CP Dato’ Rusdi Mohd Isa; Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, YDH CP Dato’ Hussien Omar Khan; Timbalan Pengarah (Kepolisan Am/Kepolisan Komuniti), Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, YDH DCP Dato’ Aida Abdul Hamid; Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan) Bukit Aman, YDH DCP Datuk Mohd Fazley Ab Rahman dan Setiausaha Polis Malaysia, YDH DCP Abdul Rahman Kassim.









