Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) telah mengadakan pameran sempena Program Pencegahan Jenayah Dalam Kalangan Kanak-kanak (Antibuli dan Gangguan Seksual) bertempat di SK Tropicana, Petaling Jaya pada 22 Julai 2026.
Program yang dihadiri hampir 500 orang murid dan warga pendidik sekolah tersebut bertujuan memberi pengetahuan kepada murid-murid tentang kesan buli, jenis-jenis buli ke atas mangsa selain meningkatkan kesedaran terhadap kes jenayah seksual.
Pengisian program antara lain ceramah Pencegahan Jenayah Dalam Kalangan Kanak-kanak yang disampaikan oleh wakil Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya.
Program turut diselitkan dengan pameran daripada Polis Diraja Malaysia (JPJKK IPD Petaling Jaya) dan Skuad Aman Wanita (AMANITA).









