MCPF, Pengurusan PDRM bincang pelaksanaan program Lawatan Balai Polis Cemerlang MCPF

mesyuarat_lawatan_balai_2026

Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) telah mengadakan perjumpaan bersama YDH CP Dato’ Sri Abdul Aziz bin Abdul Majid, Pengarah Pengurusan PDRM bertempat di Bilik Mesyuarat Persada, Tingkat 30, Menara 2, Bukit Aman pada 19 Ogos 2026.

Kehadiran delegasi MCPF yang diketuai YBhg. Datuk Kamarudin Md Ali, EXCO MCPF bertujuan membincang dan membentangkan cadangan mengenai pelaksanaan Program Lawatan Balai Polis Cemerlang MCPF pada tahun ini.

Hadir sama, YBrs. Tuan Chan Kuang Yu, EXCO MCPF; YDH SAC Rahimi Ra’ais, Setiausaha Kehormat; DSP Noorhamasiren Boonthnam Ekkasook, Setiausaha Eksekutif dan sekretariat MCPF Pusat.

Secara keseluruhan, YDH Dato’ Sri Pengarah mengambil maklum atas cadangan yang dikemukakan oleh pihak MCPF dan akan melaksanakan langkah-langkah perlu bagi memastikan kejayaan pelaksanaan program tersebut yang dijadual berlangsung antara Disember 2026 dan Januari 2027.

Recent Posts

Upcoming Events

Infographic

Majlis Sejarah Negara

Latest Video