Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) meneruskan usaha meningkatkan kesedaran pencegahan jenayah dengan mengadakan pameran sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan bertempat di SJKC Sin Min, Gemencheh, Negeri Sembilan pada 28 Ogos 2026.
Program yang disertai kira-kira 200 orang murid dan cikgu sekolah tersebut bertujuan meningkatkan kesedaran di kalangan murid terhadap pencegahan jenayah dan anti buli.
Pengisian program antara lain ceramah pencegahan jenayah dan anti buli yang disampaikan oleh YBrs. Pn Norshela Zakaria, Pembantu Pelindung, Pasukan Pelindung Kanak-Kanak, Jabatan Kebajikan Masyrakat Daerah Seremban.
Program turut diselitkan dengan pameran daripada Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) IPD Tampin dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Tampin.









