MCPF terus usaha sebar kesedaran cegah jenayah kepada murid

smk_kepong_baru_25092026

Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) meneruskan usaha bagi meningkatkan kesedaran pencegahan jenayah dalam kalangan murid sekolah menengah dengan mengadakan pameran sempena Karnival Hal Ehwal Murid (HEM) 2026 bertempat di SMK Kepong Baru pada 25 September 2026.

Program yang disertai kira-kira 1,600 pelajar Tingkatan 3 hingga Tingkatan 5 sekolah berkenaan bertujuan meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelajar mengenai kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat tanpa AIDS, selain membanteras isu gangguan seksual.

Hadir sama, YBrs. Puan Woo Sewfun, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid; YBrs. Puan Naziratul Ain Nurul Azmi, Kaunselor dan YBrs. Tuan Lee Han Kie, Yang Dipertua PIBG SMK Kepong Baru.

Karnival turut diselitkan pameran Pendidikan pengajian tinggi daripada Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan kolej kemahiran swasta yang menawarkan kursus Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) untuk lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Karnival Hal Ehwal Murid (HEM) SMK Kepong Baru 2026
Search

Recent Posts

Upcoming Events

Infographic

Majlis Sejarah Negara

Latest Video