Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) meneruskan usaha meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap pencegahan jenayah dengan mengadakan pameran sempena Sambutan Minggu Orang Pekak Antarabangsa 2026 bertempat di IWK Eco Park, Pantai Dalam, Kuala Lumpur pada 26 September 2026.
Program anjuran Persekutuan Orang Pekak Malaysia (Malaysia Federation of the Deaf – MFD) bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap golongan orang pekak serta memahami hak, keperluan dan cabaran yang dihadapi oleh komuniti orang pekak.
Acara yang dihadri kira-kira 500 orang peserta terdiri daripada wakil Persatuan Orang Pekak Malaysia ibu bapa, pelajar, dan penduduk tempatan itu telah dirasmikan oleh YBrs Tuan Abdullah Izhar bin Mohamed, SU Politik Menteri Komunikasi.
Pengisian program antara lain ceramah dan talimat daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Berjaya Starbucks Coffee Company, Zuspresso (M) Sdn Bhd, KPJ Healthcare Bhd dan Fakulti Linguistik dan Bahasa, Universiti Malaya.
Program turut diselitkan dengan pameran daripada agensi kerajaan dan syarikat swasta seperti Jabatan Bomba, AMANITA, Jabatan Pengangkutan Jalan, Kementerian Komunikasi, Malaysia Federation of The Deaf, Perkeso, Indah Water dan Berjaya Starbucks Company Sdn. Bhd.









