MCPF dekati belia, tingkatkan kesedaran cegah jenayah

iktbn_dusun_tua_03102026

Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) meneruskan usaha bagi meningkatkan kesedaran pencegahan jenayah dalam kalangan belia dengan mengadakan pameran sempena Program Own Your Future: Smart Youth, Take Control bertempat di IKTBN Dusun Tua pada 3 Oktober 2026.

Program anjuran Persatuan Pakar-Pakar Perubatan Keluarga Malaysia (FMP) dengan kerjasama Yayasan Sime Darby dan IKTBN bertujuan memberi pendedahan kepada golongan muda berkaitan kepentingan menjaga kesihatan diri selain mengelakkan diri daripada menjadi mangsa jenayah serta dadah.

Program yang dihadiri kira-kira 350 orang peserta terdiri daripada pelajar sekolah, IPTA dan kakitangan Persatuan Pakar-Pakar Perubatan Keluarga Negeri Selangor itu telah dirasmikan oleh YBrs. Dr. Umi Kalthom Shamsudin, Pengarah Kesihatan Negeri Selangor.

Hadir sama, YBrs. Tn Chan Kuang Yu, EXCO MCPF; YBrs. Dr. Wan Noraini Wan Mohamed, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Selangor; YBrs. Dr. Norazlin Talib, Presiden Persatuan Pakar Perubatan Keluarga Negeri Selangor dan YBrs. Dr. Hjh Yatela Zainal Abidin, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sime Darby.

Pengisian program antara lain Larian Fun Run sejauh 3km, Forum ‘Smart Youth, Take Control’ dan Icon Sharing Session.

Program turut diselitkan dengan pameran daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Antidadah Kebangsaan, Bank Rakyat, Bulan Sabit Merah, Persatuan Insaf Murni Malaysia dan Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat.

Recent Posts

Upcoming Events

Infographic

Majlis Sejarah Negara

Latest Video