MCPF, PDRM dekati komuniti Orang Asli Gombak

Orang_asli_Gombak_04102026

Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) telah mengadakan pameran kesedaran pencegahan jenayah sempena Program Jalinan Mesra Ketua Polis Selangor Bersama Komuniti Orang Asli Gombak bertempat di Dewan Serbaguna Komuniti Orang Asli, Gombak pada 4 Oktober 2026.

Program anjuran IPD Gombak ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan, kepercayaan dan kerjasama antara PDRM dengan komuniti Orang Asli Gombak demi mewujudkan persekitaran yang selamat dan harmoni.

Program yang dihadiri kira-kira 350 orang warga orang asli Gombak itu telah diasmikan oleh YDH DCP Tuan Mohd Zaini Abu Hassan, Timbalan Ketua Polis Selangor.

Hadir sama, YBhg. Datuk Muhammad Fuad Talib, Exco MCPF; YDH SAC Tn Mohd Fakhrudin Abd Hamid, Ketua JPJKK IPK Selangor; YDH SAC Tn Mohd Iqbal Ibrahim, Ketua Jabatan Pengurusan IPK Selangor; YDH Tn Ibrahim Husin, Ketua Polis Daerah Gombak dan YBrs. Pn Nor Zahirah Md Hosni, Pegawai Kemajuan Orang Asli Daerah Gombak & Petaling.

Pengisian program antara lain lawatan ke rumah Orang Asli Batu 16 dan penyerahan sumbangan bakul Rahmah, taklimat oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), demonstasi sumpit dan acara penanaman pokok durian.

Program turut diselitkan dengan pameran daripada Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti IPK Selangor, VTAREC, JSPT IPK Selangor, JSJK IPK Selangor dan jualan Rahmah.

 

Recent Posts

Upcoming Events

Infographic

Majlis Sejarah Negara

Latest Video