MCPF sebarluas kesedaran jenayah dalam kalangan pesilat muda

silat_kitabayu_25102026

Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) meneruskan usaha menyebarluas kesedaran pencegahan jenayah terhadap belia dengan mengadakan pameran sempena Kejohanan Silat Olahraga Piala Pusingan Pahlawan Sepang 2026 bertempat di Arena BBST @ Sepang pada 25 Oktober 2026.

Program yang dihadiri kira-kira 400 peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah sekitar Sepang serta kelab jemputan dari seluruh negara itu telah dirasmikan oleh YBrs. Puan Ratna Salsabella Ismail, pegawai khas kepada Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangkap Ahli Parlimen Sepang, YB Datuk Hajah Aiman Atihrah Sabu.

Hadir sama, YBrs. Tuan Mohd Syafirul Aliff Mohd Suri, Presiden Kelab Silat Olahraga Kitabayu dan YBrs. Tuan Muhamad Najmi Effendi Abdul Aziz, Pengarah Program Kejohanan Silat Olahraga Piala Pusingan Pahlawan Sepang 2026.

Recent Posts

Upcoming Events

Infographic

Majlis Sejarah Negara

Latest Video