Ahli EXCO Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), YBrs. Dr Wan Su Haron menyampaikan ceramah sempena Program Ceramah Kesedaran Buli dan Gangguan Seksual Dalam Kalangan Pelajar bertempat di SMK Pulau Nyior, Jitra, Kedah pada 16 November 2026.
Program yang dihadiri kira-kira 350 orang pelajar dan pendidik sekolah berkenaan, merupakan anjuran MCPF Kedah dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) IPD Kubang Pasu.
Hadir sama, YDH Insp. Rosman Robbil, Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) & Pegawai Penyiasat Komersial, IPD Kubang Pasu; YBrs. Tuan Haji Yusof Ariffin, Pengerusi MCPF Daerah Kubang Pasu; Ustaz Fakrurozi Syafie PK Hal Ehwal Murid (wakil Pengetua SMK Pulau Nyiur) serta YBrs. Tuan Hj Mokhtar Mansor, Mantan PPD Kubang Pasu.
Dalam sesi ceramah yang bertajuk “Hentikan Buli dan Gangguan Seksual – Mulakan Dengan Peduli”, Dr. Wan Su, menekankan kepentingan membina budaya P.E.D.U.L.I dalam kalangan pelajar melalui enam amalan utama, iaitu Prihatin, Empati, Tegur Dengan Berani, Usaha Bantu, Lapor Segera dan Ingat Tanggungjawab.
Program turut diselitkan dengan ceramah bertajuk “Gangguan Seksual dan Komersial” yang disampaikan oleh YDH Insp. Rosman Robbil serta lafaz ikrar anti-buli dan kuiz interaktif.
MCPF Kedah berharap program seumpama ini dapat melahirkan generasi pelajar yang bukan sahaja berani mempertahankan diri, malah prihatin dan bertanggungjawab terhadap keselamatan rakan serta persekitaran sekolah.









