EXCO MCPF hadir ke mesyuarat Strat.Comm JPNIN

stratcomm0320226_main

Ahli EXCO Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), YBhg. Datuk Kamarudin Md Ali hadir ke Mesyuarat Jawatankuasa Komunikasi Strategik (Strat.Comm) Isu Perpaduan Bil. 3 Tahun 2026 yang diadakan di Bilik Mesyuarat Integrasi, JPNIN Putrajaya pada 17 September 2026.

Mesyuarat yang turut dihadiri wakil daripada agensi kerajaan itu telah dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Zulkifli Hashim, Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN).

Agenda mesyuarat antara lain pembentangan isu-isu semasa perpaduan melibatkan komuniti Rohinya di media sosial, bendera terbalik, pengurusan rumah ibadat selain Islam (Kuil), kontroversi ucapan pemimpin yang menyentuh sensitiviti agama, isu bil elektrik TNB dan kontroversi amalan yoga.

Mesyuarat juga memberi ruang kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bagi menyampaikan perkongsian berkaitan Sentimen Isu-isu 3R Tahun 2026.

Mesyuarat Jawatankuasa Komunikasi Strategik (Strat.Comm) Isu Perpaduan Bil. 3 Tahun 2026
Search

Recent Posts

Upcoming Events

Infographic

Majlis Sejarah Negara

Latest Video