MCPF adakan Mesyuarat EXCO Bilangan 1-2026

mesyuarat_exco_bil_1_2026_14102026

Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) telah mengadakan Mesyuarat EXCO Bil. 1-2026 bertempat di Rumah Kelab Pesatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM) pada 14 Oktober 2026.

Mesyuarat yang dihadiri ahli EXCO bagi penggal 2026/2029 dan Ex-Officio itu telah dipengerusikan oleh Pengerusi MCPF merangkap Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Mesyuarat antara lain membincangkan perancangan bagi penggal 2026-2029, pengumuman jawatan-jawatan utama MCPF termasuk Naib Pengerusi Kanan, Naib Pengerusi, Bendahari, Pengerusi Jawatankuasa Tetap dan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Negeri. Turut dibentangkan juga kedudukan kewangan semasa yayasan.

Majlis turut diselitkan dengan taklimat daripada Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) dan National Scam Response Centre (NSRC).

Sempena mesyuarat berkenaan, YBhg. Dato’ Sri Dr. King Lim Chin Fui dilantik sebagai Naib Pengerusi Kanan manakala YBhg. Datuk Muhammad Fuad Talib dan YBhg. Dato’ Seri Dr. Thaiveegan A/L Arumugam dilantik menyandang jawatan Naib Pengerusi.

Turut dilantik ialah YBhg. Dato’ Seri Dr. Erwan Dato’ Haji Mohd Tahir selaku Bendahari MCPF.

Recent Posts

Upcoming Events

Infographic

Majlis Sejarah Negara

Latest Video